Tempat Bersejarah Di Malaysia
=> Johor
=> Melaka
=> Negeri Sembilan
=> Selangor
=> Kuala Lumpur
=> Perak
=> Pulau Pinang
=> Kedah
=> Perlis
=> Kelantan
=> Terengganu
=> Pahang
=> Sabah
=> Sarawak
Tempat Bersejarah Di Luar Negara
 

Sarawak


Sejarah Sarawak

Penemuan arkeologi di semenanjung Santubong berhampiran bandar Kuching membuktikan pedagang China telah tiba untuk berdagang di sini sejak dinasti Tang, Sung dan Yuan, mulai tahun 618 Masehi hingga 1368 Masehi. Tidak banyak yang diketahui mengenai sejarah lampaunya (oleh kerana ketiadaan rekod sejarah mengenai zaman 'pertengahan' ini) kecuali pada suatu ketika Sarawak berada di bawah kuasa Kesultanan Brunei.
Negeri Sarawak yang diduduki pelbagai kaum peribumi tempatan tidak menarik perhatian sesiapa hingga kemunculan Singapura yang menyediakan pusat baru bagi para pedagang di rantau ini. Di sekitar penghujung 1820, beberapa orang kenamaan Brunei berpindah ke Kuching untuk menjual emas dan hasil hutan Sarawak kepada para pedagang.
Tidak lama kemudian, dasar-dasar yang dicipta oleh mereka menimbulkan pemberontakan tempatan. Timbul juga perbalahan di antara penduduk Melayu pantai dengan penduduk Dayak Darat. Pengembara Inggeris, James Brooke melangkah masuk untuk campur tangan di dalam perbalahan ini pada tahun 1839. Brooke pernah berkhidmat seketika di dalam tentera Syarikat East India.
Ketika melawat Singapura dengan kapal layar persendiriannya, dia diminta menghantar surat kepada wizurai Brunei di Kuching. Di situ, dia telah diyakinkan oleh Rajah Muda Hassim, waris Sultan Brunei untuk membantu mengawal pemberontakan yang sedang berlaku. Brooke berjaya mempengaruhi kesemua pihak supaya bersetuju untuk berdamai.

Sebagai tanda terima kasih, beliau diberi gelaran Gabenor dan Rajah Sarawak oleh Sultan Brunei. Lantas, bermula dari sinilah Sarawak diletakkan di bawah kuasa Dinasti Brooke.




          Taman negara yang tertua di Sarawak ini diasaskan pada tahun 1957 merangkumi kawasan seluas 27 km persegi terletak kira-kira 37 km dari bandaraya Kuching. Taman negara ini terkenal dengan persekitaran semulajadi yang mempesona, habitat, tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar.

Tarikan utama di sini ialah teluknya yang terlindung serta tanjung berbatu dengan tebing curam yang mengagumkan berhadapan dengan Laut China Selatan. Ombak laut, air masin dan angin kuat telah mengukir gerbang dan tiang batu semulajadi di kaki tebing sehingga ada yang menerjah permukaan laut bagaikan kepala naga. Pembentukan batu pasir di tebing tampak kemerahan disebabkan kandungan besi yang ada.

Di pedalaman pula, air terjun mengalir ke dalam takungan kolam air tawar diiringi ketenteraman persekitaran hutan yang hijau segar.


This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free