Tempat Bersejarah Di Malaysia
=> Johor
=> Melaka
=> Negeri Sembilan
=> Selangor
=> Kuala Lumpur
=> Perak
=> Pulau Pinang
=> Kedah
=> Perlis
=> Kelantan
=> Terengganu
=> Pahang
=> Sabah
=> Sarawak
Tempat Bersejarah Di Luar Negara
 

Negeri Sembilan


Sejarah Negeri Sembilan

Negeri Sembilan pada asalnya didiami oleh orang-orang asli daripada suku kaum Sakai, Semang dan Jakun. Mereka hidup berpindah randah, memburu, mengutip hasil hutan dan ada yang mula bertani.
Pada permulaan abad ke-14 Masehi orang-orang Sumatra dari Tanah Minangkabau mulai tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Orang Minangkabau ini lebih bertamadun daripada Orang Asli ini dan berjaya memujuk hati orang Asli. Dengan itu berlakulah nikah kahwin antara orang-orang Minangkabau ini dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda. Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih. Orang-orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan Paya Kumbuh.
Dari suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil Penghulu dan kemudiannya Undang. Sebelum wujudnya Yang DiPertuan Besar, Negeri Sembilan adalah di bawah naungan kerajaan Melayu Johor.
Ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyung, Minangkabau pada 1773, memulakan institusi beraja di Negeri Sembilan. Uniknya ialah raja di Negeri Sembilan adalah yang dijemput oleh pembesar-pembesar negeri (Penghulu) dari Pagar Ruyung dan dirajakan di Negeri Sembilan. Sebab itulah raja tidak digelar Sultan tetapi memakai gelaran Yang DiPertuan atau Yamtuan.

             Asal penubuhan Negeri Sembilan adalah oleh Dato' Pepatih Nan Sebatang. Beliau juga merupakan pengasas bagi adat pepatih yang sangat dikenali umum. Seperti yang di ketahui umum, adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelaki. Pada dasarnya, adat ini adalah adat yang terbaik di Negeri Melayu kerana ia sangat mencakupi segala aspek. Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan. Berbeza dari kesultanan Melayu yang lain, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki. 



              Istana ini telah dibina di atas permatang yang menghala ke sebuah sawah padi yang luas oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-5, iaitu Yamtuan Ulin (dikenali sebahai Yamtuan Imam) yang memerintah dari tahun 1861-1869. Bangunan ini berukuran 66 1/2 kaki panjang dan 23 1/2 kaki lebar. Apabila istana ini siap, Yamtuan telah menghadiahkan istana ini kepada puterinya, Tunku Cindai apabila puteri baginda berkahwin dengan Tengku Muda Chik, putera Yamtuan ke-4, Yamtuan Radin. Istana ini terletak kira-kira enam batu dari Seri Menanti. Tengku Muda Chik telah menambahkan lebih banyak panel berukir dan tinggal di sana bersama-sama isterinya. Istana ini kemudiannya telah diberikan kepada puteri mereka Tunku Halijah yang berkahwin dengan Yamtuan Muhammad, Yamtuan ke-7 sebagai isteri keduanya. Apabila Tunku Halijah meninggal pada tahun 1921, ia telah dihuni dari semasa ke semasa oleh anggota keluarga yang lain. Tetapi mulai kira-kira tahun 1930, ia tidak lagi dihuni secara tetap dan kemudiannya terbiar tanpa dibaiki langsung.                                                
             Pada tahun 1953, Yamtuan ke-8, Tunku Abdul Rahman memberi kebenaran supaya bangunan lama yang tidak beratap ini dibuka dan dipindahkan ke Seremban. Kemudian pada tahun 1980 bangunan ini telah dipindahkan ke Tapak Kompleks Taman Seni Budaya dan kini sebagai salah satu daripada tempat sejarah yang perlu dilawati.



Muzium ini mempamerkan sejarah kegemilangan Lukut pada awal kurun ke-19. Pada waktu itu ia terletak di Daerah Sungai Ujong (Negeri Sembilan) pada tahun 1880.
Ia dibina berdasarkan reka bentuk Istana Melayu Bugis yang menjadi lambang kebanggaan Senireka Melayu Muzium ini terbahagi kepada 4 galeri:
1 . Galeri Sejarah Kegemilangan Lukut
2 . Galeri Nassau
3 . Galeri Teknologi Pembuatan Masyarakat Tradisional
4 . Galeri Negeri Sembilan Beradat
Kota Lukut dibina pada 1840an dengan ukuran 607 kaki panjang, 505 kaki lebar dengan parit di sekitar sedalam 15 kaki, di dalamnya didirikan sebuah istana dan dua buah perigi. Sebuah di bahagian luar dikenali sebagai Perigi Beracun. Di dalam pemerintahan Raja Jumaat, pembangunan Lukut menjadi bertambah maju dan makmur.

This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free