Tempat Bersejarah Di Malaysia
=> Johor
=> Melaka
=> Negeri Sembilan
=> Selangor
=> Kuala Lumpur
=> Perak
=> Pulau Pinang
=> Kedah
=> Perlis
=> Kelantan
=> Terengganu
=> Pahang
=> Sabah
=> Sarawak
Tempat Bersejarah Di Luar Negara
 

Kelantan


Sejarah Kelantan

Kelantan Darulnaim atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 14 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Thailand. Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.
Berdasarkan pada Bancian Tahun 2000, Kelantan mempunyai seramai 1,313,014 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%. Berdasarkan bancian tersebut, 95% beragama Islam, diikuti dengan agama Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama 0.2%.



Istana Balai Besar adalah sebuah lstana yang bersejarah,dan letaknya di Bandar Kota Bharu, ibu Negeri Kelantan, didalam kawasan seluas 175,000 persegi kaki. Istana ni didirikan dalam tahun Hijrah 1 261 (TM. 1844) oleh Sultan Muhamad II bagi mengganti Istana Kota Lama, pusat pemerintah Kerajaan Kelantan, pada awal kurun yang kesembilan belas.
Pekerjaan mendirikan lstana ni didahuIui dengan mendirikan sebuah kota disekelilingnya dan setelah siap kota itu baharulah didirikan istana ni. Sebahagian besar dan kayu-kayunya diambil oleh rakyat melalui To’Nebeng (Ketua Kampung), To’Kweng (Penggawa) dan jajahan Pasir Puteh dan UIu Kelantan. Walaupun kekurangan alat­alat pada masa itu namun pekerjaan mendirikan lstana ni terus berjalan dengan baiknya dan kerjasama tukang-tukang yang bijak pandai dan rakyat yang sabar sehingga telah siap didalam masa setahun sahaja.
Manakala lstana ni telah siap, berangkatlah Baginda bersemayam di lstana ni dan dengan itu terciptalah nama Kota Bharu dan nama itu kekal sehingga hari ni kerana mengambil sempena Kota yang baharu siap.

This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free