Tempat Bersejarah Di Malaysia
=> Johor
=> Melaka
=> Negeri Sembilan
=> Selangor
=> Kuala Lumpur
=> Perak
=> Pulau Pinang
=> Kedah
=> Perlis
=> Kelantan
=> Terengganu
=> Pahang
=> Sabah
=> Sarawak
Tempat Bersejarah Di Luar Negara
 

Melaka


Sejarah Melaka

Sejarah kesultanan Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara, seorang raja Srivijaya dari Palembang, yang memerintah pada tahun 1400 hingga 1424. Nama Melaka diambil sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh. Pada ketika itu, satu perkara aneh berlaku di mana seekor kancil putih telah menendang anjing-anjing raja. Melihatkan kejadian itu Parameswara merasa kagum dan memerintahkan agar kawasan tersebut dibuka dan dinamakan sebagai Negeri Melaka. Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511.
Empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, dan terdiri daripada Tanah Melayu, (kini, Semenanjung Malaysia), Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan (pulau Jawa). Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melaka, lahirlah nama-nama besar seperti Tun Perak, Hang Tuah lima bersaudara yang merupakan pahlawan besar ketika itu.
Sultan Mahmud Shah, sultan terakhir Kesultanan Melaka, merupakan mangsa keadaan disebabkan Portugal pada awal abad ke-16 sedang meluaskan kuasanya ke luar negara bagi merealisasikan impiannya iaitu 3K (Keagamaan, Kekuasaan, Kekayaan).



Perigi Hang Tuah yang terletak di Kampung Duyong dikatakan digali oleh Hang Tuah untuk kegunaannya sendiri semasa beliau membesar di kampung tersebut.
            Pada asalnya perigi ini adalah kecil, tetapi lama-kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak kering, walaupun di musim kemarau dan airnya dikatakan sentiasa jernih dan dapat menyembuhkan penyakit.



            Perigi Hang Li Po merupakan sebuah perigi tertua di Melaka yang dibina pada tahun 1459 oleh pengikut-pengikut Hang Li Po. Puteri Hang Li Po ialah seorang puteri dari negra China yang berkahwin dengan Sultan Melaka. Pada zaman dahulu, perigi ini tidak pernah kering dan merupakan satu-satunya punca air semasa musim kemarau.
           Pada tahun 1511, orang Jawa telah memasukkan racun ke dalam perigi ini dan ramai yang meminum air itu mati. Pada masa itu, Melaka baru sahaja jatuh ke tangan Sultan Alauddin Shah dari Johor. Mengikut ahli sejarah Portugis, Diogo de Couto, ramai askar Portugis yang mati setelah meminum air daripada perigi ini.
          Pada tahun 1677, orang Belanda telah membina tembok di sekelilingnya untuk menegakkan hak mereka ke atasnya. Ia sekarang sebuah perigi permintaan (wishing well) yang mengatakan bahawa mereka yang melontar duit syiling ke dalamnya akan kembali ke Melaka pada masa akan datang.

This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free