Tempat Bersejarah Di Malaysia
=> Johor
=> Melaka
=> Negeri Sembilan
=> Selangor
=> Kuala Lumpur
=> Perak
=> Pulau Pinang
=> Kedah
=> Perlis
=> Kelantan
=> Terengganu
=> Pahang
=> Sabah
=> Sarawak
Tempat Bersejarah Di Luar Negara
 

Kedah


Sejarah Kedah


        Nama negeri Kedah mempunyai persamaan dengan perkataan Kadah atau Khedah yang bermaksud perangkap gajah. Namun demikian, besar kemungkinan nama Kedah bukan berasal daripada perkataan tersebut. Nama purba Kedah ialah Kadaram atau Kalagam. Kadaram bermaksud kuali besar dan kalagam pula bermaksud warna hitam.

Pada zaman dahulu, pedagang-pedagang Arab dan Parsi memanggil kawasan yang terletak di sebelah utara Semenanjung sebagai Kilah, Kalah atau Qalha. Kerajaan Langkasuka yang seringkali dikaitkan dengan kisah-kisah percintaan di kalangan orang Melayu juga dipercayai terletak di Kedah. Sisa peninggalan ibu negerinya dijumpai di sebelah tenggara banjaran pergunungan Kedah.
Menurut catatan sejarah, Kedah yang dikenali sebagai Khatarai oleh pedagang-pedagang dari India mula dijadikan sebagai tempat persinggahan mereka seawal Kurun ke-6. Para ahli-ahli sejarah mempercayai bahawa Lembah Bujang merupakan pusat kerajaan lagenda Langkasuka. Ini dibuktikan dengan penemuan lebih daripada 50 buah kuil atau candi yang jelas menunjukkan kewujudan tamadun Hindu di tempat ini.

 

Berdasarkan kepada penyelidikan arkeologi yang telah dibuat sejak satu abad yang lalu, beberapa kesimpulan boleh dibuat mengenai sejarah Lembah Bujang. Wales (1940) telah mengemukakan hipotesis mengenai arus perkembangan tahap-tahap penjajahan dari India ke rantau ini. Beliau telah membuat empat tahap perkembangan tersebut, iaitu :
  1. Arus pertama merangkumi jangkamasa di antara kurun pertama hingga kurun ketiga berdasarkan kepada manik yang dipercayai dari Rom dan juga berdasarkan kepada beberapa serpihan tembikar yang dijumpai di Johor lama. Tidak banyak bukti dijumpai di Lembah Bujang.
  2. Arus kedua bermula kira-kira 300 Masehi hingga 550 Masehi berdasarkan kepada batu-batu bertulis dan tapak-tapak 1 hingga 3, dan merupakan tahap yang pertama untuk Lembah Bujang. Masyarakat adalah beragama Hindu dan kerajaan di bawah pengaruh Funan. Terdapat tapak-tapak lain di Lembah Kinta.
  3. Arus ketiga menunjukkan terdapat perubahan kebudayaan yang berlaku di antara tahun 550 hingga 750 Masehi, dan Kedah adalah di bawah penjajahan Hindu Pallava, dan pengaruh ini mula menjalar ke pantai timur semenanjung. Ianya dilambang oleh tapak-tapak 4 hingga 9 di Lembah Bujang yang dianggap sebagai kuil Siva.
  4. Arus keempat di antara 750 hingga 900 Masehi menunjukkan kewujudan kepercayaan Buddhisma dari Selatan India yang mempunyai unsur-unsur Pala Mahayana.

This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free