Tempat Bersejarah Di Malaysia
=> Johor
=> Melaka
=> Negeri Sembilan
=> Selangor
=> Kuala Lumpur
=> Perak
=> Pulau Pinang
=> Kedah
=> Perlis
=> Kelantan
=> Terengganu
=> Pahang
=> Sabah
=> Sarawak
Tempat Bersejarah Di Luar Negara
 

Johor


Sejarah Johor


 

Sejarah Johor bermula sejak kurun ke-16 lagi. Ia bermula sejak 1511 apabila Sultan Melaka ketika itu, Sultan Mahmud, melarikan diri ke Johor. Pada masa itu, penjajah Portugis telah menawan kota Melaka. Sultan Mahmud cuba merampas kembali Melaka dari tangan Portugis, tapi dia gagal dan meninggal dunia di Kampar, Sumatra pada 1528.
Sementara itu, Kerajaan Aceh yang terletak di utara Sumatra juga semakin kuat pengaruh politik dan ekonomi. Pihak Aceh pula sering bertelagah dengan Portugis di Melaka dalam cubaan untuk menguasai rantau ini. Pada masa yang sama, Kesultanan Johor yang bercita-cita tinggi juga ingin merampas semula pentadbiran Melaka. Akibatnya, berlakulah peperangan Aceh-Melaka-Johor.
Apabila pihak Belanda tiba di rantau ini, mereka menyokong Johor dan bergabung menyerang Portugis. Ini turut memberikan keyakinan kepada ketenteraan Johor dan Belanda untuk meluaskan kerjasama yang sedia ada.
Menjelang kurun ke-17, Empayar Johor antara yang terkuat di rantau ini. Bagaimanapun, peperangan dengan Bugis dari Celebes pada 1716 telah mengakibatkan kekalahan Johor, yang sekaligus melemahkan empayar itu.Syarikat Timur Hindia Belanda turut mengambil peluang ini untuk menguasai kawasan Riau-Johor pada 1784, mengakhiri kekuasaan Bugis di Johor.
Pada 1819, pertelingkahan antara pihak Melayu dan Bugis di Johor memberi peluang kepada Sir Stamford Raffles. Beliau merampas Singapura, yang hanya suatu kawasan paya di selatan bawah empayar Johor, untuk dijadikan tanah jajahan British. 


Muzium ini yang dibina pada tahun 1997 menelusuri sejarah Kesultanan Johor. Tapak muzium ini dipilih oleh kerana kepentingan sejarahnya sebagai pusat Kesultanan Johor lama. Kawasan lembah Sungai Johor juga merupakan tempat bermulanya era baru Kesultanan Melayu setelah kejatuhan Melaka kepada pihak Portugis pada tahun 1511.
Di sinilah juga tempat di mana penulis agung, Tun Sri Lanang menulis ‘Sejarah Melayu’, sebuah naskah masyhur yang merekodkan kegemilangan Melayu. Antara bahan-bahan pameran yang terdapat di Muzium ini termasuklah paparan sejarah gemilang Sungai Johor, bermula dari pemerintahan Sultan Allauddin Riayat Shah II sehingga Sultan Mahmud Shah II.

Kisah Sultan yang terbunuh ketika dijunjung merujuk kepada Sultan Mahmud Shah II. Bagindalah yang kerap kali dirujuk dalam buku sejarah sebagai 'Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.' Kagumi juga lukisan-lukisan lama, diorama sejarah, peralatan senjata, serta berbagai lagi pameran lain yang menarik di muzium ini.




Bandar ini mendapat nama dari 'batu yang dipahat' yang berkait dengan serangan askar Siam pada abad ke-15. Kesan-kesan sejarah ini masih terdapat di Minyak Beku. Menurut catatan Sejarah Melayu, pada 1456, Laksamana Awi Di Chu telah berkhemah di Batu Pahat sebelum menyerang Melaka. Masih terdapat sebuah perigi purba di Kampung Minyak Beku.
Sumber lain pula menyatakan Portugis mengambil batu-batu dari Batu Pahat untuk membina kota A Famosa di Bandar Hilir, Melaka. Batu-batu tersebut telah dipahat dan diangkut ke Melaka.

 


This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free