Tempat Bersejarah Di Malaysia
=> Johor
=> Melaka
=> Negeri Sembilan
=> Selangor
=> Kuala Lumpur
=> Perak
=> Pulau Pinang
=> Kedah
=> Perlis
=> Kelantan
=> Terengganu
=> Pahang
=> Sabah
=> Sarawak
Tempat Bersejarah Di Luar Negara
 

Perlis


Sejarah Perlis

Dari segi sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri kedah. Bukti-bukti pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh Hindu dan Budha pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat tempatan.
Ideologi ini juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan imej negeri tersebut. Terdapat beberapa pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu "Negeri Perlis Indera Kayangan : Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat" nama Perlis diambil dari nama pokok iaitu "Pokok Perlis". Ketika itu, jajahan Perlis adalah di tenggara sempadan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Melaka dibarat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih luas dari itu. 
Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakbalas penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis.
Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini, merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan.

 

Muzium Al-Marhum Kota Kayang terletak kira-kira 6.5 kilometer dari Pekan Kangar, melalui Jalan Tok Kuning - Ke Kuala Perlis. Muzium ini telah di bina pada tahun 1999, berhampiran dengan kawasan Makam Al-Marhum Kayang pertama atau Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Syah (1661-1687) Sultan Kedah yang ke 15 yang membangunkan Kota Indera Kayangan sebagai pusat pemerintahan Negeri Kedah. Baginda menggantikan Sultan Muhyiddin Mansur Syah atau Al-Marhum Sena (1653-1661) yang bersemayam di Kota Sena berhampiran Bandar Kangar.

Tapak Muzium Al-Marhum Kota Kayang ini adalah merupakan Kota Indera Kayangan yang di bina pada zaman pemerintahan Sultan Kedah ke 15 iaitu Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Syah I yang memerintah antara tahun 1661-1687. Pembinaan Kota ini siap pada 8 Safar 1075 Hijrah, lengkap dengan Istana dan Balai Penghadapan serta diberi nama Kota Indera Kayangan. Kota ini dibina di kawasan yang di kelilingi bukit-bukit terdiri dari Bukit Papan, Bukit Kubu, Bukit Tok Poh, Bukit Lambung Pawah, Bukit Nasi Sebungkus, Bukit Besi Hangit dan Gunung Medan. Kota ini mempunyai jalan perhubungan dengan laut melalui Sungai Raja yang digali terus ke Sungai Perlis. Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Syah I mangkat pada 1688 dan dimakamkan di Kota Indera Kayangan dan dikenali dengan gelaran Al-Marhum Kayang Pertama.

 


This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free